Monday, February 1, 2016

DERU NAFAS

Jika kau sedar tujuan hidup kau di dunia ini pasti engkau tidak akan sekali kali leka dengan dunia.Pasti mencari keredhaan Allah itu adalah matlamat utama yang kau pasakkan dalam diri,bukan ingin mengabaikan dunia,tetapi menjadikan dunia sebagai pentas untuk engkau merebut peluang menggumpul pahala yang akan membawamu ke suatu tempat yang indah,(tidak dapat digambarkan keindahannya) iaitu syurga.

Tanya pada diri,layakkah aku bergelar sebagai penghuni syurga jika suruhan Allah yang wajib pun engkau tidak dapat laksanakan inikan pula amalan sunat..Insaflah wahai diri,bukan mudah,tetapi yakinlah bahawa Allah mengetahui kemampuan hambaNya.

Layakkah engkau bergelar kekasih Allah jika setiap hari engkau lebih ingatkan manusia berbanding Allah yang menciptahu? Adilkah ? Luangkan masamu sekejap,fikirlah ,adakah jaulah di dunia ini memberi manfaat kepada mu diakhirat kelak atau sebaliknya,akan menarikmu ke neraka?

Tarik nafas dalam sedalamnya.Ingatlah apa yang engkau telah lakukan sepanjang hidupmu didunia ini.Adakah engkau mendatangkan manfaat kepada orang lain atau kau sendiri tidak datangkan manfaat kepada dirimu sendiri? Sayanglah dirimu kerana Allah tidak menciptakanmu sei-sia melainkan untuk beribadah kepadaNya.

Buat diri ini,jaganlah menjadikan dirimu hamba kepada dunia.Setiap keputusan yang engkau lakukan berdoalah kepada Allah agar apa yang diputuskan itu adalah terbaik buatmu.

Salam sayang:
nbsmjbob :)

cetus idea.. :))